500 Juta Pengguna Baru Dijangka Hadir Dari Negara Membangun Menjelang 2015

500 Juta Pengguna Baru Dijangka Hadir Dari Negara Membangun Menjelang 2015

Diterbitkan pada Dis 3, 2012 oleh .

Pada sekitar 2000, pengguna internet boleh dikatakan lebih tertumpu kepada negara-negara maju, dan memerlukan kos perbelanjaan yang tinggi untuk menggunakannya. Namun, ia telah mula berubah, dimana kini angka pengguna yang tinggi hadir daripada pengguna dari negara-negara membangun.

Google mempunyai istilah tersendiri dalam melabelkan negara-negara membangun, dimana daripada 16 pejabat Google di Asia, hampir separuhnya adalah di negara membangun, termasuk di Malaysia, Indonesia, Thailand dan empat pejabat di India.

Secara keseluruhan, angka pengguna di keseluruhan negara membangun ini berjumlah sekitar 3.3 bilion (tidak termasuk China dan Russia), tetapi angka mereka yang menggunakan internet pada hari ini hanya sekitar 14%, iaitu serama 474 juta pengguna sahaja.

Daripada tahun ini ke 2015, Google menjangkakan yang mana seramai lebih 500 juta pengguna baru akan hadir dari negara-negara membangun ini – berbanding hanya sekitar 15 juta pengguna daripada Amerika Syarikat.

Peningkatan ini, selain menghubungkan para pengguna seluruh dunia, ia juga turut menyumbang kepada ekonomi tempatan, menjadikan perniagaan kecil dan sederhana turut meningkat dan menerima impak positif daripadanya. Google sendiri menyediakan beberapa cara dalam membantu membangunkan perkara ini.


TIPS & ULASAN