YouTube Membolehkan Pelbagai Perkara Disampaikan Dengan Mudah Di Negara-Negara Membangun

YouTube Membolehkan Pelbagai Perkara Disampaikan Dengan Mudah Di Negara-Negara Membangun

Diterbitkan pada Dis 3, 2012 oleh .

Bagi kebanyakkan pengguna internet, semestinya mengenali akan YouTube, yang mana menawarkan kebolehan untuk para pengguna memuat-naik video dan berkongsi bersama-sama yang lain, tanpa sebarang tapisan dan sebagainya.

Di kebanyakkan negara-negara membangun, saluran televisyen utama dikawal dan kadang-kala memaparkan berita yang kurang tepat ataupun tidak lengkap. Perkara ini telah berjaya diubah melalui penggunaan YouTube.

Pada masa yang sama, YouTube juga membolehkan ramai pengguna mempelajari pelbagai perkara baru tanpa mengeluarkan kos yang tinggi untuk pembelajaran.

Jikalau bercakap mengenai pembelajaran melalui YouTube, salah satu saluran yang popular di seluruh dunia adalah Khan Academy. Khan Academy menawarkan video-video pembelajaran, daripada matematik, sains, sejarah dan pelbagai topik lain.

Ini membolehkan para penduduk di negara-negara membangun, yang mana selalunya sukar untuk mendapatkan pengajian, mengikutinya dengan mudah. Namun, seperti biasa, ia masih memerlukan internet digunakan untuk mengakses video-videonya.

Layari YouTube EDU

Google sendiri telah membuka beberapa pusat data di negara-negara membangun dalam usaha untuk menjadikan akses yang lebih pantas, pada kos yang lebih rendah.

Selain daripada pembelajaran, penyampaian berita dan sebagainya, YouTube juga menghasilkan ramai pengguna yang kreatif dengan pelbagai idea baru dalam menghasilkan kandungan mereka.

Industri hiburan juga turut menerima kesan positif, di mana, di Malaysia sahaja beberapa artis tempatan baru yang hadir dengan memaparkan bakat mereka melalui saluran YouTube masing-masing, seperti contohnya, Zee Avi.

Dalam tahun-tahun akan datang, lebih banyak kandungan berbentuk video dikatakan akan hadir daripada kawasan Asia Pasifik, termasuk daripada video berbentuk pembelajaran, mahupun hiburan dan komedi.


TIPS & ULASAN