Google Trader merupakan salah satu laman jual-beli yang disediakan oleh pihak Google, lebih kurang seperti Mudah.my, dimana membolehkan para pengguna memuat-naik gambar dan informasi, seterusnya membolehkan pengguna lain membeli dengan mudah.
Buat masa ini, Google Trader hanya ditawarkan untuk beberapa buah negara sahaja, dan di Asia Pasifik ia hanya ditawarkan di Thailand.
Mengikut Google, perkhidmatan ini mendapat penerimaan yang positif, disamping pihak Google sendiri yang hadir ke perniagaan fizikal, dan mempromosikan penggunaannya.
Apabila ditanya adakah negara lain akan menerimanya, ia dikatakan Google akan memperluaskannya mengikut pasaran. Ia masih tidak diketahui bilakah Google Trader akan diperkenalkan untuk Malaysia buat masa ini. Memandangkan terdapat beberapa alternatif lain seperti Mudah.my, Lelong dan sebagainya, mungkin perkhidmatan ini tidak akan hadir ke Malaysia.
Google Trader merupakan salah satu usaha Google dalam memudahkan pemilik perniagaan kecil dan sederhana menawarkan perkhidmatan dan produk mereka melalui internet, dan untuk pasaran Malaysia, Google menyediakan perkhidmatan yang dinamakan sebagai GMBO, memberikan laman web percuma kepada pemilik perniagaan kecil dan sederhana.