Dengan para pengguna internet daripada negara-negara membangun yang semakin hari semakin ramai menggunakan internet, ia bakal mengantikan penggunaan bahasa utama di internet, apatah lagi dengan lebih 500 juta pengguna baru yang akan hadir dalam masa tiga tahun akan datang.
Buat masa ini, Inggeris adalah bahasa utama yang digunakan di internet, disebabkan oleh kebanyakkan kandungan hadirnya daripada Amerika Syarikat, dan Amerika Syarikat adalah antara yang terawal mempopularkan penggunaannya.
Namun, perkara ini bakal berubah tidak lama lagi, dimana dikatakan, kelak 73% pengguna akan menggunakan bahasa selain daripada Inggeris.
Akhir-akhir ini sendiri, ia dilihat lebih banyak kandungan dalam bahasa tempatan dihasilkan di pelbagai negara, dan perkhidmatan seperti YouTube dikatakan menjadikan kos penerbitan mudah, dan membolehkan warga tempatan hadir dengan kandungan sendiri pada kos lebih rendah.
Di Malaysia sendiri, kandungan dalam bahasa Malaysia semakin meningkat dari hari ke hari, disamping beberapa perkhidmatan utama, seperti YouTube, Facebook dan Twitter turut ditawarkan dalam bahasa Malaysia.