60% Pengguna Malaysia Membuat Carian Produk Di Internet Terlebih Dahulu Sebelum Membeli

60% Pengguna Malaysia Membuat Carian Produk Di Internet Terlebih Dahulu Sebelum Membeli

Diterbitkan pada Dis 3, 2012 oleh .

Internet semestinya boleh dikatakan telah mengubah bagaimana pengguna melakukan pembelian dan sebagainya. Daripada statistik yang dikongsikan oleh Google hari ini, seramai 60% pengguna membuat carian produk terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang pembelian.

Namun, di Malaysia, perniagaan yang menggunakan sepenuhnya platform internet masih lagi rendah dimana sekitar 20% sahaja. Daripada apa yang dijangka, angka tersebut akan meningkat secara drastik dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Pada masa yang sama, Google turut berkongsi, secara purata pengguna Malaysia menghabiskan masa selama hampir 20 jam setiap minggu di internet, dimana ia merupakan aktiviti yang paling lama dibuat pengguna tempatan jikalau dibandingkan dengan menonton televisyen, mendengar radio mahupun membaca akhbar harian.


TIPS & ULASAN