Cari @ Amanz

HTC Windows Phone 8X merupakan salah satu peranti Windows Phone 8 yang dinantikan ramai pengguna tempatan, dimana kini, UMobile menjadi antara syarikat telekomunikasi terawal menawarkan peranti tersebut pada harga bermula RM1059.

Spesifikasi HTC Windows Phone 8X
Cip Qualcomm S4 1.5GHz (dwi-teras)
Memori 1GB RAM
Storan Terbina 16GB
Skrin 4.3-inci Super LCD 2
Kamera 8-megapixel (belakang), 2.1-megapixel(hadapan)
Bateri 1800 mAh
Lain-lain Beats Audio, NFC, GPS GLONASS

Untuk makluman, HTC 8X dijual pada harga RM1799 di Malaysia melalui pengedar rasmi, dan dengan melanggan pakej bulanan daripada UMobile, para pengguna boleh mendapatkan peranti tersebut pada harga yang sedikit murah.

UMobile menawarkan HTC 8X dengan pilihan tiga pakej berbeza, iaitu U28, U58 dan juga U88, yang mana masing-masing dengan komitmen selama 24 bulan.

Ia masih tidak diketahui sama ada syarikat telekomunikasi lain akan turut sama menawarkannya ataupun tidak. Selain daripada UMobile, para pengguna juga turut sama boleh mendapatkan HTC 8X daripada pengedar rasmi HTC tempatan.

Pada masa yang sama, HTC 8S – peranti berspesifikasi rendah yang menggunakan Windows Phone daripada HTC, dijangka akan dijual di Malaysia bermula bulan ini pada harga RM999.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd