Penggunaan Peranti Mudah-Alih Lebih Popular Berbanding Desktop Di Asia

Penggunaan Peranti Mudah-Alih Lebih Popular Berbanding Desktop Di Asia

Diterbitkan pada Dis 3, 2012 oleh .

Nampaknya, kini penjualan mahupun penggunaan peranti mudah-alih seperti telefon pintar, dan tablet semakin meningkat popular berbanding penggunaan desktop. Bermula daripada penghujung tahun 2010, jualan tablet dan telefon pintar telah pun melangkaui angka jualan desktop, dan ia kekal sebegitu sehingga kini.

Trend semasa ini dijangka akan terus kekal untuk tahun-tahun akan datang. Google sendiri menjangkakan yang mana carian melalui peranti mudah-alih bakal mengatasi carian daripada desktop dalam tahun akan datang.

Untuk bersedia dengan perkara ini, kebanyakkan laman web akhir-akhir ini telah pun dioptimasikan untuk peranti dengan saiz kecil, disamping hadir dengan pelbagai jenis aplikasi untuk memudahkan perkhidmatan web digunakan pada telefon pintar dan juga tablet.

Google sendiri memudahkan para pembangun web dalam membangunkan web yang mesra mudah-alih, melalui laman GOMO. Pada masa yang sama, pelbagai perkhidmatan Google, seperti Google Sites, Blogspot dan sebagainya telah pun sedia didatangkan dengan sokongan terbina, yang mana memerlukan pengguna hanya mengaktifkannya, dan mengoptimasikan web mereka untuk peranti mudah-alih secara automatik.

Layari How To Go Mobile untuk mengoptimasikan web anda untuk peranti mudah-alih.


TIPS & ULASAN