Carian
RealPlayer Express Untuk Windows 8 Membolehkan Pengguna Mengikuti Video Popular Dengan Mudah
December 3, 2012 Aman

Mungkin ramai yang sedia mengenali akan pemain media RealPlayer yang popular pada suatu masa dahulu, dan terkini, mereka memperkenalkan aplikasi RealPlayer Express untuk Windows 8, yang mana boleh dimuat-turun secara percuma daripada Windows Store oleh semua.

Aplikasi RealPlayer Express ini bukanlah pemain media, sebaliknya ia lebih kepada aplikasi untuk para pengguna mengikuti pelbagai video popular semasa di web.

Daripada hasil penggunaan kami, ia kelihatan RealPlayer Express membawakan pelbagai video yang popular menerima tontonan tertinggi pada sesuatu hari. Ia turut sama menyertakan sokongan integrasi Facebook, dimana sekiranya anda menghubungkan akaun anda, maka anda akan dapat melihat video-video popular yang sedang dikongsikan rakan-rakan anda di Facebook.

Sokongan carian juga turut diintegrasikan, membolehkan anda membuat carian video kegemaran anda, dan terus menontonnya daripada aplikasi RealPlayer Express. Perkongsian sosial juga turut diintegrasikan pada RealPlayer Express ini, membolehkan anda berkongsi sesuatu video yang menarik dengan rakan-rakan anda yang lain.

Bagi mereka yang menggunakan Windows 8, boleh memuat-turunnya secara percuma daripada Windows Store hari ini.

Komen