Akhirnya, penantian ramai pengguna akan berakhir, apabila hari ini Apple secara rasminya mengesahkan yang mana iPhone 5 akan menemui para pengguna di Malaysia pada hari Jumaat, 14 Disember ini.
Bersama-sama dengan Malaysia, lebih daripada 50 buah negara lain akan menerima iPhone 5 pada bulan ini, sekaligus membolehkan para pengguna membeli dan mendapatkan telefon pintar terkini daripada Apple itu.
Apple iPhone 5 membawakan skrin bersaiz 4-inci, dan dilengkapi dengan port pengecasan Lightning, serta menggunakan iOS 6 padanya. Antara syarikat telekomunikasi tempatan yang dijangka bakal menawarkannya adalah termasuk DiGi, Maxis dan juga Celcom.