Cari @ Amanz

Dengan Google, salah satu sumber pendapatan utama mereka adalah melalui pengiklanan, dan pada acara The Next Billion yang diadakan oleh Google, mereka berkongsi mengatakan yang mana Malaysia merupakan negara kelima terbesar dalam pemasaran digital menggunakan Google.

Angka tersebut dikeluarkan oleh Google melalui peratusan PKS yang mengiklan dengan Google. Apabila dilihat pada peningkatan dari tahun ke tahun, Malaysia tidak memperlihatkan peningkatan drastik, tetapi negara-negara lain seperti India dan Filipina memperlihatkan angka positif. Tetapi, Google turut sama berkongsi akan berkenaan dimana PKS tempatan membelanjakan sejumlah wang yang banyak untuk pemasaran digital melalui Google untuk memperkenalkan produk mereka kepada pengguna-pengguna baru di Malaysia dan juga seluruh dunia.

Pengiklanan dan pemasaran digital merupakan salah satu bentuk pemasaran yang semakin meningkat popular dari hari ke hari akhir-akhir ini, apatah lagi dengan lebih ramai pengguna yang beralih untuk mendapatkan maklumat dan kandungan dalam bentuk digital di arena internet.

Angka ini dijangka akan terus meningkat dari hari ke hari, dan semestinya akan meningkat dengan lebih drastik dalam tempoh tiga tahun akan datang, dimana seramai 500 juta pengguna internet baru dijangka akan hadir dari rantau Asia.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd