Hari demi hari, lebih ramai pengguna dari Asia yang mula mengakses internet berbanding sebarang rantau lain di dunia ini, dan perkara ini membuatkan Google mengumumkan perancangan “The Next Billion” mereka secara rasminya semalam. Google sendiri mensasarkan yang mana lebih dariapda 500 juta pengguna baru akan hadir dari Asia, terutamanya negara-negara membangun dalam tempoh tiga tahun akan datang.
Untuk menjayakan dan memudahkan para pengguna di negara membangun ini mengakses internet, Google sendiri mengumumkan beberapa perancangan dan usaha mereka, seperti Google FreeZone – yang mana menyediakan akses internet secara percuma melalui peranti mudah-alih, menyediakan perisian dan aplikasi yang berfungsi lebih baik seperti Chrome dan GMail, serta beberapa perancangan yang lain.
Selain daripada untuk pengguna umum, Google juga membantu perusahaan kecil dan sederhana dalam memperluaskan perkhidmatan dan produk mereka, dengan menyediakan beberapa platform seperti Google Trader dan juga Get Malaysian Business Online.