Tidak berpuas hati dengan ruangan storan yang ditawarkan cakera keras buat masa ini? Kini, mengikut perancangan Western Digital yang diperlihatkan di internet, ia menunjukkan yang mana gergasi pengeluar cakera keras tersebut akan hadir dengan model berkapasiti 5TB menjelang penghujung tahun hadapan.
Daripada slaid yang diperlihatkan, ia menunjukkan perancangan untuk WD Red dan juga WD Green. Ia masih tidak diketahui adakah WD Black akan menerima variasi 5TB ataupun tidak, walaupun kemungkinan akan menerimanya agak tinggi.
Baru-baru ini, pada penghujung bulan November yang lepas, Western Digital telah memperkenalkan WD Black dalam pilihan storan sebesar 4TB kepada para pengguna seluruh dunia. Di Malaysia, WD Black 4TB HDD ini dijual pada harga RM999.