Carian
Microsoft Menawarkan Kemaskini Office 2013 Percuma Untuk Pembeli Office 2010 Bermula Hari Ini
December 4, 2012 Aman

Microsoft Malaysia, hari ini telah pun mengumumkan yang mana mereka akan menawarkan kemaskini percuma untuk Office 2013, bagi sesiapa yang membeli perisian pejabat Office 2010 bermula hari ini sehingga ke 30 April 2013.

Perkara ini sekaligus membolehkan mereka yang menangguhkan perancangan untuk membeli Microsoft Office disebabkan Office 2013 bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Untuk memudahkan proses kemaskini, Microsoft menyediakan sebuah halaman khas, membolehkan para pengguna mendaftar melaluinya, da mendapatkan kemaskini ke Office 2013 sebaik sahaja ia sedia untuk dimuat-turun.

Komen