WhatsApp Menafikan Perbincangan Pengambil-Alihan Dengan Pihak Facebook

WhatsApp Menafikan Perbincangan Pengambil-Alihan Dengan Pihak Facebook

Diterbitkan pada Dis 4, 2012 oleh .

Lanjutan daripada laporan mengenai Facebook dalam perbincangan awal dengan pihak WhatsApp, kini WhatsApp sendiri telah mengeluarkan kenyataan, mengatakan laporan yang dikeluarkan hanyalah ura-ura sahaja, dan tidak tepat.

Seperti kebiasaan, ia adalah sesuatu perkara biasa untuk syarikat menafikan ura-ura dan laporan mengenai pengambil-alihan perkhidmatan atau produk mereka.

Facebook, akhir-akhir ini telah mula memfokuskan kepada penggunaan peranti mudah-alih, dimana dengan pengambil-alihan Instagram, mereka telah menambah para pembangun yang mempunyai kemahiran dalam perkhidmatan memfokuskan perkhidmatan mudah-alih.

WhatsApp sendiri merupakan salah satu perkhidmatan yang memfokuskan kepadanya, dan berbeza dengan Instagram, WhatsApp menawarkan perkhidmatan berbayar. WhatsApp menawarkan perkhidmatan mereka secara percuma selama setahun, sebelum memerlukan para pengguna melanggannya pada harga $0.99.

Selain WhatsApp, tedapat beberapa perkhidmatan lain yang menawarkan fungsi lebih kurang sama, termasuk salah satunya yang popular adalah Kik.


TIPS & ULASAN