Carian
Maxis Memulakan Pendaftaran Minat Untuk iPhone 5
December 4, 2012 Aman

Lanjutan daripada pengumuman rasmi pihak Apple pada malam semalam, kini Maxis menjadi yang terawal dalam memulakan pendaftaran minat untuk telefon pintar Apple yang dinantikan ramai. Apple iPhone 5 ini bakal dilancarkan secara rasminya untuk pasaran Malaysia pada 14 Disember kelak.

Melaluinya, ia diperlihatkan, Maxis akan menawarkan pilihan hitam dan putih dalam variasi storan 16GB, 32GB dan juga 64GB.

iPhone 5 merupakan peranti terbaru daripada Apple yang diperkenalkan pada bulan September yang lepas, membawakan skrin bersaiz 4-inci, menggunakan iOS 6, serta membawakan perubahan pada port pengecasan dengan menggunakan Lightning.

Buat masa ini, hanya Maxis sahaja yang telah memulakan pendaftaran minat, manakala Celcom dan DiGi masih belum memulakannya. Mungkin kelak dalam beberapa hari, mereka turut sama akan memulakan pendaftaran minat untuk telefon pintar Apple ini.

Bagi mereka yang berminat, boleh layari halaman pendaftaran minat yang disediakan oleh Maxis, dan melakukan pendaftaran awal untuk mendapatkan iPhone 5.

TERIMA KASIH @ARSYAN

Komen