Cari @ Amanz

Seperti setiap awal bulan, Google kini telah mengemaskini halaman khas untuk pembangun, memperlihatkan data terkini, dimana Android 4.1 dan juga Android 4.2 yang diperkenalkan pada tahun ini, kini digunakan pada lebih 6.7% peranti seluruh dunia.

Masih mendahului semua penggunaan adalah Android 2.3 Gingerbread, sebanyak 50.8% – yang mana memperlihatkan penurunan berbanding bulan-bulan lepas. Android 4.0 Ice Cream Sandwich pula digunakan pada lebih 27.5% peranti seluruh dunia.

Penggunaan Android 4.0 Ice Cream Sandwich kelihatan makin menaik dari hari ke hari, apatah lagi dengan lebih ramai pengeluar peranti yang mengeluarkan kemaskini untuknya. Untuk Jelly Bean pula, hanya beberapa peranti sahaja yang diperkenalkan dengan kemaskininya, di mana, di Malaysia, Samsung dan HTC masing-masing telah mengeluarkan kemaskini untuk Galaxy S3 dan juga HTC One X.

Bagi mereka yang tidak gemar menantikan masa yang lama untuk menerima kemaskini rasmi dan sebagainya, anda masih mempunyai beberapa pilihan alternatif seperti menggunakan CyanogenMod dan sebagainya.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd