Cari @ Amanz

Asus Malaysia, hari ini telah mula menghantar jemputan media untuk pelancaran Asus Padfone 2 di Malaysia, yang mana akan diadakan pada minggu hadapan – 13 Disember. Harga jualannya dijangka akan diumumkan pada hari yang sama.

Asus Padfone merupakan peranti hibrid antara tablet dan juga telefon pintar, dimana kedua-duanya digabungkan, membolehkan ia beroperasi menggunakan cip pemprosesan dan sistem operasi yang sama.

Asus Padfone 2 dilengkapi dengan sistem operasi Android, dan didatangkan bersama-sama cip pemprosesan empat-teras 1.5Ghz Snapdragon S4, kamera 13-megapixel bateri berkapasiti 2140mAh, memori sebanyak 2GB RAM, serta skrin bersaiz 4.7-inci pada bahagian telefon pintarnya. Untuk bahagian tablet, ia dilengkapi dengan sokongan skrin 10.1-inci beresolusi 1280×800 pixel, serta bateri berkapasiti 5000mAh padanya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd