GMail 2.0 Untuk iOS Membawakan Antaramuka Yang Lebih Menarik

GMail 2.0 Untuk iOS Membawakan Antaramuka Yang Lebih Menarik

Diterbitkan pada Dis 5, 2012 oleh .

Setelah pengambil-alihan Sparrow tempoh hari, kini Google hadir dengan aplikasi emel yang serba-baru untuk para pengguna platform iOS, menawarkan antaramuka yang serba baru, serta beberapa penambahan menarik padanya.

GMail 2.0 ini dioptimasikan untuk pengguna iPhone dan juga iPad, dimana ia turut sama didatangkan dengan sokongan pengurusan lebih daripada satu akaun padanya. Perkara ini sekaligus memudahkan para pengguna yang mempunyai lebih daripada satu akaun, menguruskan emel mereka terus hanya menggunakan aplikasi GMail sahaja. Buat masa ini, Google menyokong sehingga 5 akaun GMail melalui aplikasi ini.

Pada masa yang sama, GMail 2.0 ini turut sama menyertakan integrasi interaktif untuk emel daripada Google Calendar dan juga Google+ yang diterima oleh anda. Sokongan carian juga ditambah baik, selain integrasi penatalan infiniti padanya.

Bagi para pengguna iOS, anda boleh memuat-turun GMail 2.0 hari ini, dan menggunakan fungsi-fungsi baru yang dibawakan padanya.

Muat-Turun Aplikasi GMail 2.0 untuk iOS


TIPS & ULASAN