BBM Money Akan Dilancarkan Di Indonesia Tidak Lama Lagi

BBM Money Akan Dilancarkan Di Indonesia Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Dis 5, 2012 oleh .

Nampaknya, untuk tahun hadapan, RIM bakal hadir dengan beberapa perkhidmatan yang menarik selain daripada BlackBerry 10. Terkini, RIM mengesahkan yang mana mereka akan memperkenalkan BBM Money tidak lama lagi, dan akan dilancarkan di Indonesia dalam masa terdekat ini.

BBM Money bakal menawarkan perkhidmatan transaksi wang antara pengguna BlackBerry dan diintegrasikan pada perkhidmatan permesejan popular mereka, BBM. Dengan pelancarannya di Indonesia kelak, ia akan membolehkan sesiapa sahaja dengan BBM, menghantar dan menerima duit daripada pengguna yang lain dengan mudah.

Memandangkan Indonesia merupakan antara negara dengan penggunaan BBM yang tinggi, maka ia akan dilancarkan terlebih dahulu di sana, sebelum memperluaskannya kepada negara-negara lain.

Selain daripada BBM Money, pada bulan ini juga, RIM dijangka akan memperkenalkan BBM Voice kepada semua pengguna, membolehkan pengguna BBM membuat dan menerima panggilan suara melalui WiFi. BBM Video juga turut diura-ura akan hadir pada BlackBerry 10 kelak.


TIPS & ULASAN