Cari @ Amanz

Salah satu acara tahunan daripada Google yang selalunya dinantikan ramai pengguna seluruh dunia adalah Google I/O, dimana Google akan menggunakan platform mereka dalam memperkenalkan pelbagai produk baru daripada perisian sehinggalah kepada peranti dan juga gajet.

Pada Google I/O 2012 yang diadakan pada bulan Jun lepas, Google telah pun memperkenalkan Android 4.1 Jelly Bean, serta berkongsi pelbagai perkara mengenai Chromebook, melancarkan Android 4.1 Jelly Bean, mengumumkan Nexus 7, Nexus Q, Chrome untuk iOS, Google+ Events dan juga mendemonstrasikan Project Glass secara langsung padanya.

Android 5.0? Project Glass?Google I/O 2013 bakal diadakan pada 15 Mei hingga 17 Mei, dan pendaftaran untuknya dijangka akan dibuka pada awal tahun 2013 kelak.

Jadi, apakah perkara yang dinantikan oleh anda untuk diumumkan oleh Google pada I/O 2013? Adakah ianya berkaitan Android, Chrome, Google+, ataupun berkaitan projek lain daripada Google, seperti Project Glass, mahupun kereta yang dipandu secara automatik dari Google?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd