Aplikasi YouTube Untuk iOS Dikemaskini Dengan Sokongan iPad Dan AirPlay

Aplikasi YouTube Untuk iOS Dikemaskini Dengan Sokongan iPad Dan AirPlay

Diterbitkan pada Dis 5, 2012 oleh .

Selain daripada kemaskini untuk aplikasi GMail, Google turut sama mengemaskini aplikasi YouTube mereka untuk iOS, dimana melaluinya kemaskini terkini, ia turut menambah sokongan untuk iPad dan juga paparan iPhone 5.

Pada masa yang sama, sokongan yang dinantikan, iaitu kebolehan untuk memainkan video melalui AirPlay terus ke AppleTV turut sama ditambah padanya.

Selain daripada itu, aplikasi YouTube untuk iOS ini juga membawakan beberapa perubahan, seperti perubahan kecil pada antaramuka, serta prestasi yang lebih baik berbanding sebelum ini.

Bagi para pengguna iOS boleh memuat-turun aplikasi YouTube ini secara percuma daripada AppStore.

Muat-Turun Aplikasi YouTube Dari AppStore


TIPS & ULASAN