Kemaskini Windows 8 Di Asia Pasifik Melangkaui Sasaran Microsoft

Kemaskini Windows 8 Di Asia Pasifik Melangkaui Sasaran Microsoft

Diterbitkan pada Dis 5, 2012 oleh .

Pertanyaan mengenai penerimaan Windows 8 telah menjadi perbualan ramai pengguna di seluruh dunia akhir-akhir ini, dan melalui sebuah temuramah bersama COO Microsoft Asia Pasific, beliau berkongsi angka kemaskini ke Windows 8 yang dilakukan oleh para pengguna di sekitar Asia Pasifik melangkaui sasaran awal mereka.

Namun, berkenaan jualan baru untuk Windows 8, ataupun jualan peranti baru Windows 8 tidak dikongsikan oleh pihak Microsoft.

Dalam mempromosikan kemaskini ke Windows 8, Microsoft menyediakan ia pada harga serendah RM50, selain pembelian baru Windows 8 turut disediakan pada harga promosi sehingga awal tahun hadapan.

Windows 8 merupakan sistem operasi terbaru daripada Microsoft, yang mana membawakan antaramuka yang serba baru, serta dioptimasikan untuk skrin sentuh dan juga tablet.

Angka terakhir yang dikongsikan oleh Microsoft adalah dimana sebanyak 40 juta pengguna telah menaik-taraf dan membeli Windows 8 sejak ia dilancarkan, dalam tempoh sebulan.


TIPS & ULASAN