Microsoft Membuka Pendaftaran Laman Sosial Socl Kepada Semua Pengguna

Microsoft Membuka Pendaftaran Laman Sosial Socl Kepada Semua Pengguna

Diterbitkan pada Dis 5, 2012 oleh .

Selain daripada lambakan laman sosial yang terdapat pada masa kini, mungkin semua sedia maklum akan berkenaan dengan laman sosial daripada pihak Microsoft, iaitu Socl. Selepas sekian lama mengujinya dalam bentuk beta selama ini, hari ini, Microsoft secara rasminya membuka laman sosial mereka untuk umum.

Laman sosial daripada Microsoft ini, yang mana dipanggil Socl boleh didaftar dengan menggunakan akaun Facebook ataupun Microsoft Account. Berbanding sebelumnya, Microsoft telah mengubah rekabentuk laman sosial, yang mana kini lebih memfokuskan kepada perkongsian gambar, dan membawakan fungsi lebih kurang sama seperti Pinterest. Bagi para pengguna yang menggunakan Windows 8 ataupun Windows Phone 8, mungkin anda turut dapat lihat beberapa integrasi elemen Metro padanya.

Ia masih tidak diketahui sama ada Microsoft dapat menarik pengguna untuk menggunakan platform mereka ataupun tidak. Bagi mereka yang berminat, anda boleh mendaftar akaun anda secara percuma daripada Socl, dan mencubanya sendiri.


TIPS & ULASAN