Cari @ Amanz

Hari ini, Dropbox secara rasminya mengumumkan yang mana mereka akan menghantar aplikasi Windows 8 mereka ke Windows Store lewat hari ini, dan hanya perlu menantikan ia mendapat pengesahan daripada Microsoft sebelum ia diterbitkan dan boleh dimuat-turun oleh semua pengguna.

Aplikasi Dropbox baru ini akan disokong pada Windows 8 dan juga Windows RT, membolehkan para pengguna menyimpan data di Dropbox, dan mengaksesnya pada komputer anda dengan mudah, sekaligus memberikan lebih ruangan storan untuk komputer anda, selain sync akan dokumen pada pelbagai komputer anda.

Selain daripada Dropbox, aplikasi storan awan yang lain, seperti SkyDrive dan juga Box telah pun sedia terdapat pada Windows Store untuk digunakan semua pengguna Windows 8.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd