Facebook Masih Tiada Sebarang Perancangan Untuk Aplikasi Rasmi Windows 8

Facebook Masih Tiada Sebarang Perancangan Untuk Aplikasi Rasmi Windows 8

Diterbitkan pada Dis 6, 2012 oleh .

Sementara Twitter telah pun mengumumkan yang mana mereka akan hadir dengan aplikasi rasmi Twitter untuk Windows 8 tidak lama lagi, namun berbeza pula untuk Facebook, dimana mereka tiada sebarang perancangan untuknya buat masa ini.

Facebook sendiri, telah diintegrasikan pada Windows 8, yang mana boleh diakses melalui Messaging, dan beberapa aplikasi lain. Mungkin kerana ini, Facebook masih tiada sebarang perancangan untuknya buat masa ini.

Walaubagaimanapun, ia tidak membuatkan pengguna tertinggal begitu sahaja, memandangkan telah pun sedia terdapat beberapa aplikasi yang membawakan sokongan Facebook, tetapi ditawarkan oleh pembangun pihak ketiga.

Selain daripada Facebook, ia juga masih tidak diketahui sama ada Google akan memperkenalkan aplikasi Google+ versi Metro ataupun tidak. Namun, semestinya dengan penggunaan Windows 8 yang semakin meningkat dari hari ke hari, kita akan dapat melihat lebih banyak pembangun hadir dengan aplikasi untuknya, termasuk Flipboard yang dinantikan ramai untuk Windows 8.


TIPS & ULASAN