Carian
Sokongan Twitter Trends Diperluaskan Ke Lebih Banyak Bandar
December 6, 2012 Aman

Sokongan melihat trend semasa di Twitter merupakan salah satu sokongan yang diminati ramai pengguna, membolehkan mereka mengikuti perkembangan semasa di negara atau bandar yang di duduki mereka. Kini, Twitter memperluaskan sokongannya kepada lebih 100 bandar baru di seluruh Malaysia.

Daripada apa yang kami lihat, sokongan Trend pada Twitter kini menyokong Hulu Langat, Klang dan juga Petaling, selain daripada Kuala Lumpur. Ia tidak diketahui bagaimanakah Twitter memilih sesuatu bandar untuk disertakan padanya.

Secara keseluruhan, Twitter mengatakan lebih 100 bandar baru ditambah pada Trend, sekaligus membawa sokongan tersebut kepada lebih 200 lokasi berbeza di seluruh dunia.

Bagi para pengguna Twitter, anda boleh mengubah lokasi Trend semasa pada halaman web Twitter dengan menetapkannya dengan mudah, melalui kolum Trend pada bahagian kiri laman.

Komen