Cari @ Amanz

Setelah dinantikan sekian lama oleh ramai pengguna dan peminat peranti Nokia, akhirnya, kini ia disahkan yang mana Lumia 920 dan juga Lumia 820 akan dijual di Malaysia bermula 21 Disember kelak.

Lumia 920 – peranti berspesifikasi tinggi dengan penggunaan teknologi seperti PureView, PureMotion, serta sokongan pengecasan tanpa-wayar ini akan dijual di Malaysia pada harga RM1999. Manakala, Lumia 820 pula akan dijual di Malaysia pada harga RM1599.

Selain daripada ditawarakn melalui pengedar rasmi Nokia seluruh negara, ia juga akan ditawarkan melalui syarikat telekomunikasi, dimana DiGi merupakan salah satu syarikat telekomunikasi yang mengatakan mereka akan menawarkan kedua-dua peranti ini.

Kami akan membawakan pandang pertama untuk kedua-dua peranti ini lewat hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd