Cari @ Amanz

Sebelum ini, pada Windows 7 dan sebelumnya, ia memerlukan para pengguna memasang beberapa aplikasi tambahan untuk memantau had data yang digunakan pada komputer anda. Namun, pada Windows 8, ia bukanlah lagi suatu masalah, apabila, beberapa fungsi asas diintegrasikan terus padanya.

Bagi anda yang menggunakan Windows 8, boleh dengan mudah, terus melihat rangkaian WiFi atau sambungan internet anda, dan seterusnya klik kanan, serta melihat penggunaan data. Bagi pengguna tablet pula, anda perlu menekannya untuk beberapa saat, sebelum melalui menu khas yang dipaparkan, anda boleh memilih untuk melihat penggunaan data.

Pada masa yang sama, untuk melihat penggunaan data oleh sesuatu aplikasi Windows 8, para pengguna boleh mengakses ke Task Manager dan seterusnya memilih tab App History. Daripadanya, apa yang kami lihat, hanya aplikasi berasaskan Metro sahaja dipantau, dimana penggunaan aplikasi yang tidak menyokongnya, seperti salah satunya, uTorrent tidak dipantau padanya.

Dan untuk terus menjimatkan penggunaan data anda, para pengguna turut boleh menetapkan internet mereka sebagai “Metered Connection”, dimana dengan mengaktifkannya, Windows Update hanya akan memuat-turun kemaskini yang penting sahaja, disamping Live Tiles yang menghentikan kemaskini, serta sokongan sync ke SkyDrive dan sebagainya dimatikan.

Bagi mereka yang menggunakan talian dan sambungan internet dengan data yang terhad, boleh mengaktifkannya. Memandangkan ia boleh ditetapkan menggunakan talian WiFi yang dipilih, maka ia memudahkan anda membuat kemaskini aplikasi dan sync secara online apabila disambungkan kepada talian internet yang sebalik daripadanya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd