Beberapa bulan lepas, Chameleon Launcher telah dilancarkan untuk para pengguna tablet Android, membawakan rekabentuk skrin utama yang amat menarik dan dioptimasikan untuk tablet. Kini, ia kelihatan, pembangunnya turut sama akan memperkenalkannya untuk telefon pintar.
Buat masa ini, pembangunnya kelihatan sedang mencari beberapa orang pengguna untuk menguji ia terlebih dahulu. Daripada apa yang kelihatan, pembangun Chameleon lebih memfokuskan kepada beberapa telefon pintar utama, iaitu One X, Galaxy Note, Galaxy S3, Nexus 4, Galaxy Nexus, dan beberapa yang lain.
Memandangkan mereka telah pun memulakan ujian alpha untuknya, mungkin kita akan mendengar lebih lanjut berkenaan Chameleon Launcher untuk telefon pintar tidak lama lagi.