Iklan Pemasaran Galaxy S3 Merupakan Iklan Teknologi Paling Popular Untuk 2012

Iklan Pemasaran Galaxy S3 Merupakan Iklan Teknologi Paling Popular Untuk 2012

Diterbitkan pada Dis 6, 2012 oleh .

Dengan memasuki bulan terakhir pada tahun 2012, pelbagai jenis laporan tahunan mula disediakan, dan salah satu yang terawal yang hadir daripada Visible Measures adalah dalam memperlihatkan apakah iklan produk teknologi yang paling popular sepanjang tahun ini.

Kedudukan yang dipegang oleh Apple pada tahun lepas, kini digantikan dengan Samsung, dimana hanya satu kempen daripada Apple sahaja yang tersenarai dalam 10 iklan paling popular – pada tempat ke-enam, berbanding Samsung yang mempunyai sebanyak 4 iklan tersenarai padanya.

Iklan paling popular untuk tahun 2012 dilihat adalah iklan berkaitan Galaxy S3, dimana melaluinya Samsung secara sinis membuat lawak terhadap pengguna iPhone, serta pada masa yang sama memasarkan produk mereka – Galaxy S3.

1 – Samsung Galaxy S3

2 – Intel & Toshiba – The Beauty Inside

3 – Samsung – LeBron’s Day

4 – Samsung – Introducing Galaxy Note 10.1

5 – Google – Project Glass

6 – Apple – Introducing iPhone 5

7 – LG – So Real It’s Scary

8 – Samsung – Global Launch Galaxy Note 2

9 – Google – Google Nexus 7

10 – Microsoft – Surface


TIPS & ULASAN