Cari @ Amanz

Bagi mereka yang mengikuti perkembangan Nokia Lumia 920 di Malaysia, mungkin telah sedia maklum akan yang mana ia akan mula dijual bermula pada 21 Disember kelak pada harga RM1999. Pihak Nokia Malaysia, kini turut berkongsi mengatakan ia turut akan ditawarkan melalui pakej khas daripada Celcom dan juga DiGi.

Untuk mereka yang gemarkan membeli tanpa sebarang pakej dan pelan, boleh mendapatkannya secara berasingan daripada Nokia Store pada harga RM1999 untuk Lumia 920 dan juga RM1599 untuk Lumia 820. Tempahan untuk tanpa sebarang pakej dan pelan ini boleh dibuat bermula esok di Nokia Store, manakala untuk syarikat telekomunikasi, ia akan dimulakan oleh mereka mungkin tidak lama lagi.

Aksesori tambahan untuk kedua-dua peranti ini, dijangka akan mula dijual bermula Januari kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd