Pada bulan September yang lepas, Google telah mengambil-alih pembangun SnapSeed, dan hari ini, aplikasi SnapSeed yang telah sedia popular pada platform iOS, turut diperkenalkan secara rasmi untuk Android.
Melalui aplikasi SnapSeed, ia membolehkan para pengguna menambah-baik gambar yang dirakamkan mereka, serta menambah pelbagai jenis efek padanya, sebelum berkongsi dengan rakan-rakan mereka dengan mudah.
Integrasi Google+ turut didatangkan bersama-sama dengannya, membolehkan para pengguna berkongsi dengan mudah bersama-sama dengan rakan mereka yang lain.
Selain daripada aplikasi untuk Android, SnapSeed untuk iOS turut dikemaskini, dan ditawarkan secara percuma bermula hari ini.
Muat-Turun SnapSeed Untuk Android
Muat-Turun SnapSeed Untuk iOS