Cari @ Amanz

Dengan seminggu lagi sebelum iPhone 5 mula dijual di Malaysia secara rasminya, kini beberapa pengedar rasmi barangan Apple telah bersedia dengan tablet generasi baru daripada Apple, dan boleh didapati oleh para pengguna bermula esok.

Salah satunya, Machines telah pun mengesahkan yang mana kedua-dua tablet terbaru daripada Apple, iaitu iPad 4 dan juga iPad Mini boleh didapati di Malaysia bermula esok, namun hanya variasi WiFi sahaja yang disediakan buat masa ini.

Harganya tidak diumumkan lagi buat masa ini, dan dikatakan akan diumumkan pada pagi nanti, dimana Apple Store Malaysia juga dijangka akan dikemaskini dengan menyertakannya pada pagi nanti.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd