Google Memperkenalkan Google+ Communities

Google Memperkenalkan Google+ Communities

Diterbitkan pada Dis 7, 2012 oleh .

Jikalau Facebook mempunyai sokongan Facebook Groups, kini Google pula menambah Google+ Communities, yang mana memfokuskan kepada ruangan khas, membolehkan para pengguna berkongsi apa yang mereka minati bersama-sama dengan rakan-rakan lain.

Menariknya mengenai Google+ Communities, ia membawakan pelbagia fungsi-fungsi menarik, membolehkan anda berinteraksi dengan mereka yang mempunyai minat yang sama dengan mudah.

Sokongan Hangout yang sedia popular turut diintegrasikan membolehkan anda bersembang dengan rakan-rakan dalam sesuatu Google+ Communities, disamping membolehkan anda merancang Events bersama-sama ahli lain.

Untuk memudahkan akses ke Google+ Communities, sebuah ikon baru ditambah pada bahagian navigasi di bahagian kiri laman.

Sokongan Google+ Communities ini bakal diperkenalkan kepada semua bermula hari ini untuk versi web, dan versi mudah-alih akan diperkenalkan tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN