Dengan pelancaran rasmi iPhone 5 yang tinggal masa lebih kurang seminggu lagi, kini Maxis menjadi yang terawal dalam menerbitkan pelan untuk iPhone 5, membolehkan para pengguna mendapatkannnya secara percuma daripada mereka dengan komitmen selama 24 bulan dan langganan iValue 4.
Maxis sendiri menyediakan beberapa pelan langganan mereka, membolehkan para pengguna memilih daripada pilihan iValue 1 yang memerlukan komitmen bulanan sebanyak RM100, iValue 2 (RM155), iValue 3 (RM250) ataupun iValue 4 (RM375).
Pada masa yang sama, pihak Maxis turut memperlihatkan harga iPhone 5 di Malaysia, yang mana versi 16GB berharga RM2199, 32GB berharga RM2499 dan juga versi 64GB berharga RM2799. iPhone 4S 16GB pula berharga RM1799 dan iPhone 4 8GB berharga RM1449.
Kesemua peranti tersebut ditawarkan pada harga yang lebih murah, membolehkan para pengguna membuat pilihan dalam mendapatkannya daripada Maxis. Selain daripad Maxis, DiGi dan juga Celcom menerbitkan pelan iPhone 5 mereka tidak lama lagi.