Google hari ini, secara rasminya memperkenalkan rekabentuk YouTube yang baru, memfokuskan sepenuhnya kepada saluran langganan anda, selain membawakan rekabentuk yang lebih kemas dan ringkas untuk laman pengehosan video paling popular didunia itu.
Kemaskini ini telah diuji sejak beberapa bulan yang lepas, dimana ia membawakan beberapa elemen seumpama pada Google+. Daripada laman utamanya sendiri, kini lebih memfokuskan kepada langganan, dan mengalakkan para pengguna untuk melanggan saluran-saluran baru di YouTube.
Jadi, bagi anda yang selalu menggunakan YouTube, apakah pendapat anda berkenaan rekabentuk baru ini?