DiGi Memulakan Pra-Tempahan Untuk iPhone 5

DiGi Memulakan Pra-Tempahan Untuk iPhone 5

Diterbitkan pada Dis 7, 2012 oleh .

Selain daripada Maxis, DiGi turut sama telah mengemaskini halaman jualan mereka, menambah iPhone 5 untuk di tempah oleh para pengguna bermula hari ini, dan mengambilnya di SoHoKL pada 14 Disember 2012 kelak.

DiGi menawarkan iPhone 5 melalui tiga pakej berbeza, iaitu iDiGi 88 dengan komitmen bulanan sebanyak RM60 untuk data, iDiGi 138 (RM93) dan juga iDiGi 238 (RM161). Variasi pilihan 16GB, 32GB dan juga 64GB turut disediakan. Walaupun DiGi mengatakan harga iPhone 5 melalui pakej mereka kelak hanya bernilai sekitar RM164 untuk pakej iDiGi 238, namun, untuk permulaan, ia masih memerlukan para pengguna mengeluarkan wang sebanyak RM2012 untuk iPhone 5 16GB.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak maklumat penuh berkaitan dengannya pada halaman rasmi DiGi, dan membandingkannya dengan Maxis. Pelan Celcom masih belum dikeluarkan buat masa ini.


TIPS & ULASAN