Seperti mana yang dilaporkan sebelum ini, kini nampaknya Google telah pun mengaktifkan sokongan YouTube Partner untuk mereka yang menghasilkan kandungan video di Malaysia, sekaligus membolehkan mereka menjana wang tambahan melalui iklan yang diperlihatkan padanya.
Untuk mengaktifkannya, mereka yang mempunyai saluran tersendiri pada YouTube, hanya perlu ke halaman YouTube Partner, dan mengaktifkannya melalui sana. Seterusnya, anda akan diberikan terma dan syarat, selain turut diberikan pilihan, iklan jenis apakah yang boleh dipaparkan pada video anda.
Selain mengaktifkannya, anda juga perlu membuat pilihan berkenaan video apakah yang boleh dipaparkan dengan iklan tersebut melalui halaman Video Manager di YouTube.
Jadi, bagi para pengguna yang memiliki saluran tersendiri di YouTube, boleh melayari laman YouTube Partners hari ini, dan mengaktifkannya serta menjana pendapatan tambahan melaluinya.