Carian
HTC Butterfly – Peranti Droid DNA Versi Antarabangsa?
December 7, 2012 Aman

HTC hari ini, telah menambah sebuah halaman baru pada web mereka, dimana melaluinya, menyertakan produk yang dinamakan sebagai HTC Butterfly. Daripada spesifikasi dan rekabentuk, ia boleh dikatakan sebagai versi antarabangsa untuk Droid DNA yang dijual di Amerika Syarikat, ataupun HTC J Butterfly yang dijual di Jepun.

Buat masa ini, pihak HTC masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkaitan dengannya.

Seperti kedua-dua variasi peranti yang pernah diperkenalkan sebelum ini, HTC Buttefly ini membawakan cip pemprosesan empat-teras 1.5GHz Qualcomm Snapdragon S4 Pro Krait, GPU Adreno 320, dan memori sebanyak 2GB RAM, ruangan storan sebanyak 16GB yang mana boleh ditambah dengan penggunaan kad mikro-SD sehingga 32GB. HTC Butterfly ini turut dilengkapi dengan skrin bersaiz 5-inci dengan paparan resolusi HD penuh pada 1920×1080 pixel.

Untuk tujuan rakaman, HTC Butterfly menggunakan kamera 8-megapixel pada bahagian belakang dan kamera 2.1-megapixel pada bahagian hadapan, serta peranti ini dilengkapi dengan bateri berkapasiti 2020 mAh.

Walaupun telah menambah halaman berkaitan dengan spesifikasi dan produk ini, namun, HTC masih belum mengumumkannya secara rasmi. Maka tarikh jualan dan juga harga untuknya masih tidak diketahui buat masa ini.

Komen