Aplikasi BitTorrent Remote Untuk Windows Phone Sedia Untuk Dimuat-Turun

Aplikasi BitTorrent Remote Untuk Windows Phone Sedia Untuk Dimuat-Turun

Diterbitkan pada Dis 7, 2012 oleh .

Bagi mereka yang sentiasa menggunakan BitTorrent pada komputer mereka, kini pembangunnya secara rasminya telah pun melancarkan aplikasi BitTorrent Remote untuk para pengguna Windows Phone 7.5 dan juga Windows Phone 8.

BitTorrent Remote ini membolehkan para pengguna untuk mengakses aplikasi BitTorrent yang dipasang pada komputer mereka, sekaligus mengawalnya. Para pengguna juga boleh menambah fail untuk dimuat-turun, menyemak status muat-turun semasa, selain memulakan dan menghentikan proses muat-turun.

Untuk menggunakannya, para pengguna terlebih dahulu perlu membuat akaun untuk BitTorrent, dan menggunakan akaun yang sama pada komputer dan juga pada peranti Windows Phone mereka.

Bagi mereka yang berminat, boleh memuat-turun BitTorrent Remote 1.0 secara percuma daripada Windows Phone Store hari ini.

Muat-Turun BitTorrent Remote Untuk Windows Phone


TIPS & ULASAN