Ragnarok Online merupakan salah satu permainan dalam-talian yang popular pada suatu masa dahulu, dimana selain daripada pada komputer, baru-baru ini ia turut hadir pada peranti mudah-alih. Kini, untuk para peminat tegarnya, pembangun permainan tersebut telah pun memulakan ujian beta tertutup untuk Ragnarok Online 2.
Ujian beta tertutup ini akan diadakan bermula hari ini sehingga 12 Disember kelak, yang mana untuk para pengguna tempatan, pelayan akan dibuka daripada 11 pagi sehingga 2 pagi selama 6 hari ini.
Permainan ini akan dibuka dalam bentuk beta terbuka pada 27 Disember kelak, membolehkan semua pengguna memainkannya walaupun tidak mempunyai sebarang jemputan khas.
Ragnarok Online 2 membawakan mekanisma permainan yang lebih kurang sama seperti sebelumnya, tetapi kini dijana menggunakan enjin permainan 3D daripada Gamebryo. Pada masa yang sama, ia turut membawakan beberapa penambahan baru, termasuk sistem Kafra yang lebih baik berbanding sebelumnya.