Antaramuka YouTube yang baru mendapat kritikan ramai, memandangkan ia tidak dioptimasikan untuk skrin besar, menjadikan ia tidak ketengah seperti kebanyakkan laman web yang lain. Untuk memudahkannya, sebuah UserScript disediakan, sekaligus menjadikan paparan YouTube baru ini lebih menarik lagi.
Bagi mereka yang inginkan YouTube dipaparkan ke bahagian tengah, anda boleh memuat-turun dan memasang YouTube Center Aligned pada pelayar web mereka, Chrome atau Firefox dengan mudah.
- Muat-Turun YouTube Center Aligned
Untuk pengguna Chrome, anda hanya perlu klik pada butang Install, dan ia akan memuat-turun fail yang diperlukan. Seterusnya, klik pada Settings, Tools dan pilih Extensions. Tarik dan lepas (drag-drop) fail tersebut pada bahagian senarai Extensions, dan ia akan dipasang secara automatik pada pelayar web anda.
Untuk pengguna Firefox pula, anda hanya perlu memasang Greasemonkey, dan seterusnya pasang akan ia dengan hanya klik butang Install pada laman YouTube Center Aligned.
Sebaik sahaja selesai memasangnya, anda hanya perlu membuka semula laman YouTube, dan ia akan dipaparkan pada bahagian tengah dengan lebih menarik lagi berbanding yang asal.