RIM Memperlihatkan BlackBerry Hub Dengan Lebih Dekat Pada BlackBerry 10

RIM Memperlihatkan BlackBerry Hub Dengan Lebih Dekat Pada BlackBerry 10

Diterbitkan pada Dis 8, 2012 oleh .

Sebelum ini, ketika BlackBerry Jam Asia 2012 yang lepas, kita telah melihat dengan lebih dekat bagaimanakah BlackBerry Hub kelihatan dan berfungsi. Dan dalam usaha memberikan idea lebih dekat, pihak RIM sendiri kini memuat-naik video khas untuknya.

Seperti semua sedia maklum, BlackBerry Hub adalah halaman setempat untuk melihat pelbagai kemaskini daripada emel, Twitter, BBM, SMS dan pelbagai jenis mesej yang lain. Untuk mengaksesnya, para pengguna hanya perlu swipe ke kanan daripada sebarang aplikasi, dan melihatnya dengan mudah.

Selain melihat kemaskini, para pengguna juga turut boleh menggunakannya dalam menghantar emel, SMS ataupun mengemaskini laman sosial anda dengan mudah.

BlackBerry 10 bakal dilancarkan secara rasminya pada 30 Januari 2013 kelak, dimana RIM dijangka akan mengumumkan dua peranti baru pada tarikh yang sama.


TIPS & ULASAN