Kemaskini Windows Phone 8 Akan Datang Bakal Dikenali Dengan Nama Kod “Portico”

Kemaskini Windows Phone 8 Akan Datang Bakal Dikenali Dengan Nama Kod “Portico”

Diterbitkan pada Dis 8, 2012 oleh .

Bagi para pengguna Windows Phone, mungkin sedia maklum akan dimana mereka memperkenalkan kemaskini dengan nama kod yang berakhir dengan “-o”. Selepas NoDo, Tango dan Apollo, kini kemaskini yang bakal diperkenalkan tidak lama lagi, diperkatakan akan dinamakan sebagai “Portico”.

Perubahan penuh yang bakal dibawakan olehnya masih tidak diketahui buat masa ini. Namun, daripada apa yang dilaporkan, ia diperkatakan “Portico” ini akan membawakan sokongan VPN, Notification Center, dan mungkin turut menyertakan sokongan kemaskini OTA padanya.

Buat masa ini, tiada sebarang perkara yang disahkan, dan mungkin Microsoft akan mengumumkan mengenainya dalam beberapa minggu lagi.


TIPS & ULASAN