Cari @ Amanz

Salah satu produk tempatan yang membolehkan para pengguna dengan mudah menguruskan sistem nama domain adalah DNSSocial. Selain daripada hanya menawarkan pengurusan nama domain, mereka juga menawarkan pelbagai perkhidmatan tambahan, dan terkini membawakan sokongan integrasi Google Drive padanya.

Melalui integrasi Google Drive yang diperkenalkan, ia membolehkan para pengguna menghubungkan akaun Google Drive ke DNSSocial, dimana seterusnya boleh menerbitkan web mereka, dengan semua fail-fail berkaitan dihoskan terus daripada Google Drive.

Memandangkan ia menggunakan Google Drive untuk mengehoskan fail-fail web, maka sebuah folder khas akan ditambah pada Google Drive, membolehkan para pengguna membuat pelbagai perubahan dengan mengubah terus pada folder Google Drive anda.

Pihak DNS Social sendiri menyediakan sebuah halaman khas untuk menerangkannya kepada para pengguna, disamping menyediakan nama domain percuma bagi mereka yang tidak ingin membeli atau menggunakan nama domain mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd