Antaramuka Laman Mega.co.nz Diperlihatkan Oleh Kim Dotcom

Antaramuka Laman Mega.co.nz Diperlihatkan Oleh Kim Dotcom

Diterbitkan pada Dis 8, 2012 oleh .

MegaUpload merupakan salah satu perkhidmatan yang dinantikan ramai pengguna, yang mana bakal dilancarkan pada Januari 2013 kelak. Sejak ia dimatikan oleh pihak berkuasa pada awal tahun ini, pelbagai perkembangan telah dilalui, dan kini Kim Dotcom memaparkan beberapa paparan antaramuka baru untuk Mega.co.nz.

Daripadanya, Kim Dotcom berkongsi akan bagaimana halaman utama, halaman pendaftaran dan juga pengurus fail pada MegaUpload (Mega.co.nz) baru kelak akan kelihatan. Ia kelihatan laman tersebut akan menggunakan 2048-bit RS encryption, selain menunjukkan setiap pengguna akan mendapat ruangan storan mereka tersendiri, yang boleh diurus seperti storan awan yang lain.

Mengikut perancangan, Mega.co.nz ini bakal dilancarkan kepada umum pada 19 Januari 2013 kelak, dan mungkin lebih banyak maklumat akan dikongsikan dengan hampirnya tarikh pelancaran tersebut.


TIPS & ULASAN