Maxis Dan Celcom Bakal Menawarkan iPad Mini Tidak Lama Lagi

Maxis Dan Celcom Bakal Menawarkan iPad Mini Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Dis 8, 2012 oleh .

iPad Mini telah pun mula dijual di Malaysia sejak semalam, dimana harga permulaan untuk versi WiFi 16GB adalah RM999. Namun, bagi mereka yang ingin mendapatkan dengan sokongan 3G, dua syarikat telekomunikasi yang bakal menawarkannya tidak lama lagi adalah Maxis dan juga Celcom.

Pada halaman utama masing-masing, Maxis dan juga Celcom, kedua-dua gergasi telekomunikasi tersebut telah memperlihatkan mesej mengatakan iPad Mini akan datang tidak lama lagi. Seperti sebelumnya, mungkin Maxis dan Celcom hanya akan menawarkan versi 3G memandangkan perlu dibeli dengan talian jalur-lebar mudah-alih mereka.

Bilakah kedua-dua gergasi ini akan menjualnya, masih tidak diketahui buat masa ini, memandangkan kedua-duanya sedang memfokuskan sepenuhnya untuk pelancaran iPhone 5 pada 14 Disember ini.


TIPS & ULASAN