Pada Galaxy S3 yang diperkenalkan pada bulan Mei yang lepas, Samsung telah sedia membawakan beberapa fungsi baru padanya, dan ia kelihatan pada Galaxy S4, mereka akan membawakan skrin yang amat tahan lasak, dan dilaporkan Reuters, skrin yang tidak boleh dipecahkan.
Mengikut laporan sebelum ini, ia dikatakan Galaxy S4 ini kelak akan menyertakan cip pemprosesan empat-teras, kamera 13 megapixel dan skrin dengan PPI melangkaui 400PPI.
Memandangkan peranti pintar seperti telefon dan tablet akhir-akhir ini sering mudah retak dan pecah, skrin yang sukar atau tidak boleh dipecahkan ini adalah salah satu yang dinantikan ramai. Menurut Reuters, kelak Galaxy S4 atau Galaxy S5 akan didatangkan dengan skrin yang tidak boleh dipecahkan, malah mungkin disertakan dengan skrin yang fleksibel dan boleh dilipat menjelang 2014 kelak.
Seperti biasa, ini merupakan laporan daripada penganalisa, dan pihak Samsung tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan dengannya buat masa ini.