Walaupun Android dan iOS sering dibandingkan menjadikan kedua-dua gergasi terkemuka bersaing antara satu sama lain, namun, ia dilihat mereka berdua akan bersatu dalam membida untuk mendapatkan beberapa hak cipta yang didaftarkan oleh Kodak.
Mengikut Bloomberg, kedua-dua gergasi ini dalam perbincangan untuk membida sehingga $500 juta dalam usaha mendapatkan sebanyak lebih kurang 1,100 paten milik Kodak berkaitan dengan pengimejan. Ia masih tidak diketahui lagi buat masa ini, sama ada tawaran kedua-dua gergasi ini telah diterima oleh Kodak ataupun tidak.
Kerjasama dalam membeli paten seperti ini bukanlah sesuatu yang baru, dimana sebelum ini ia telah berlaku beberapa kali, termasuk baru-baru ini, dimana Apple, Microsoft dan RIM bersatu dalam membeli lebih 6,000 paten milik Nortel Networks Corp.