Google Now Bakal Diperkenalkan Pada Pelayar Web Chrome

Google Now Bakal Diperkenalkan Pada Pelayar Web Chrome

Diterbitkan pada Dis 8, 2012 oleh .

Google Now merupakan salah satu fungsi menarik pada Android yang diperkenalkan sejak Jelly Bean. Kini, melalui kod awal pada Chromium, ia memperlihatkan yang mana sokongan Google Now bakal hadir ke pelayar web popular milik Google tidak lama lagi.

Daripadanya, ia akan membolehkan notifikasi Google Now diperlihatkan pada Chrome, sekaligus memudahkan para pengguna mengikuti pelbagai perkembangan disekeliling mereka dengan mudah.

Memandangkan ia masih lagi pada peringkat awal, maka bilakah ia akan diperkenalkan secara rasmi masih tidak diketahui lagi. Mungkin kita akan dapat melihatnya pada pelayar web Chrome versi pembangunan tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN